NeoBux...Klik2 Dapat Duit $$$$$

Adybux

OmniBux

UpBux

Ivbux

AdPTC

Monday, March 31, 2008

Trick ASB Loan

Smile Trick ASB Loan (Copy From Carigold.Com)

Salam,

Sesapa minat nak wat ASB Loan, leh bagitau.

BLR : 5.55%
Promosi : -1.65% (sepanjang tempoh loan - lowest ever)
=========
Final = 3.90%
=========

So, caner nak wat duit ngan ASB Loan nie ?

Cth, kita amik ASB Loan RM200k, monthly dlm RM1,070-00 je, tempoh amik yg paling maksimum 25 tahun (klu amik tempoh pendek rugi). Kita assume dividen ASB 7% saja (total dividen 2009 adalah 8.55%). So, bagi yang xnak byr loan lama2, bleh buat payment utk thn pertama saja, first year only bro.

Payment : RM1,070.00 X 12 bln = RM12,840.00
Dividen : RM200,000.00 X 7% = RM14,000.00
===========
DIFFERENT = RM1,160.00
===========

Maknanya, klu dah mls sgt nk byr monthly lama2, gunakan dividen tu utk byr next year punya monthly. So, keje anda hanya dtg ke bank pada setiap bulan january utk kuar kn dividen & byr ASB loan trus setahun punya monthly. Just buat mcm tu setiap tahun. End of loan pyment nnt dpt RM200,000.00 kn untung tu ! Modal yang kita kuar hanya pymt 1st year jer RM12,840.00. Tu x masuk lg lebihan dividen setiap tahun sebanyak RM1,160.00 setiap tahun tu.

25 thn tu lama sgt la........

- Apa ??? 25 thn tu lama sgt ? Mmg la lama, dh tu korang pun cuma byr 1st year punya payment jer, end of loan sok dpt RM200k, kira lbh dr adil la tu.


Apa akan jd kalau interest (BLR) naik, atau dividen turun ?

- senang jer bro, cancel je la loan tu. Tp nk inform sket, dlm masa 2 thn pertama xleh cancel sbb ada 'LOCK IN Period' 2 thn. Tp jgn risau, klu ikut market watch kt M'sia ni, rate ASB xkan turun mendadak sbb nama pun Amanah Saham BUMIPUTRA hehehe...kok mengamuk org melayu nnt...!!! Kadar interest pun xkan naik mendadak, sbb bleh effect local economics.


So, pesan saya & tlg sampaikan pesan sy ni tu sume CGrian yg berstatus BUMIPUTRA......Tolong la buat ASB loan, kalau anda jenis semalas2 umat pun tlg la buat at least maintain payment for the 1st year, itu saja.

Kurang2 masa korang pencen sok ada la saving ASB, bukan kne byr tiap2 thn pun (tp klu bleh byr setiap bulan sepanjang tempoh loan, lg la byk korang dpt).

Lg 1, klu apa2 jd kt korang, kematian atau cacat kekal sekurang2nya waris akan dpt jumlah yg korang loan tu. klu loan 200k, dpt 200k la sbb ada cover insurans.

So apa lagi....segeralah  bertindak untuk kesejahteraan anda dan keluarga dimasa hadapan...

Melabur dalam ASB, ASN harus: Fatwa

Melabur dalam ASB, ASN harus: Fatwa

Oleh Suhana Roslan

KUALA TERENGGANU: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB), termasuk pembayaran dividen dan bonusnya, adalah harus.

Berikutan itu, umat Islam tidak perlu ragu-ragu mengenai status pelaburan kedua-dua skim berkenaan.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti dan mempertimbangkan semua kesan daripada pelaburan berkenaan.

Beliau berharap tiada pihak membangkitkan lagi isu kononnya hasil skim pelaburan itu haram.“Umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu ragu-ragu terhadap status pelaburan yang dibuat serta dividen atau bonusnya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia ke-80 di sini.Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Muhamad Datuk Sheikh Abdul Aziz dan Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. Muzakarah selama tiga hari itu dihadiri semua mufti.Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan juga memutuskan pembangunan secara komersial membabitkan tanah wakaf yang diwasiatkan untuk pembinaan masjid dan surau adalah harus.Beliau berkata, isu itu pernah dibangkitkan kerana wasiat khusus seumpama itu menghalang tanah wakaf terbabit dibangunkan secara komersial.“Tanah wakaf ini sekiranya dimanfaatkan untuk pembangunan, mampu menjana pendapatan ekonomi negara, sekali gus mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” katanya.Beliau berkata, jawatankuasa juga memutuskan pembangunan tanah wakaf seperti masjid dengan tambahan projek pembangunan dan penambahbaikan dengan jaminan harta wakaf itu kekal adalah diharuskan dalam Islam.“Bagaimanapun, syarat pembangunan mesti merujuk kepada niat asal pewakaf bagi memastikan kehendak mereka ditunaikan sekali gus memberi kepuasan kepada semua pihak. Read the rest of this entry »